Quran
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang
dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya
berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah
menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa
yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Quran, Al-Baqarah, 2:275)
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan
Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah
dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal
terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Quran, Al-Baqarah, 2:276)
Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan
tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman,
sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah
dan RasulNya. (Quran; Al-Baqarah : 278)
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu),
maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya,
(akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka
hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang
demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak
dizalimi oleh sesiapa. (Quran; Al-Baqarah : 279)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Quran; Ali-Imran, 3:130)
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal
mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan
harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan
(ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara
mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Quran; An-Nisa, 4: 161)
Hadith
Jauhilah
diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya:
Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada
Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan
jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari
medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan
zina.” (Hadith Riwayat Muslim)
Sungguh
akan datang pada manusia suatu masa (ketika) tiada seorangpun di antara
mereka yang tak akan memakan (harta) riba. Siapa saja yang (berusaha)
tak memakannya, ia tetap akan terkena debu (riba)-nya - (HR Ibnu Majah
dan Sunan Abu Dawud, dari Abu Hurairah)
Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/search/label/Hadith#ixzz2rvdWnwPB
0 komentar:
Posting Komentar