Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul
Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan
saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian
Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara
dua pintu syurga.
Kemajuan di dalam bidang sains dan angkasa di zaman kini telah
membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak
lebih 1400 tahun yang lalu.
Sheikh Zindani telah membawa satu hadith dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى
“Demi Zat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu
(yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah
dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.”
(HR. Muslim no. 287)
Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua
pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di
sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara
Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.
Sesuai hadith ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan
Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak
Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra).
Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua
tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk
mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran
dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.
Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 21 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.
Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak
Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya
memiliki jarak yang sama, 1273 km!
Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan
tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak kerana bantuan,
pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan
bumi dan seluruh alam ini!
0 komentar:
Posting Komentar