Kamis, 30 Januari 2014

Keistimewaan Sedekah: dari Quran dan Hadith

Quran

Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah Al-Baqarah, 2: 261)

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.  (Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)

Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.  
(surah Al-Baqarah, 2: 276)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiquun: 10)

Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu ia akan membersihkan dan menyucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka.  Sesunggunya dia kamu itu ( menjadi) ketenteraman buat mereka. Dan Allah( menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah mendengar lagi maha mengetahui. (At-taubah: 103)

Hadis

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya: Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu. (H.R Al-Bukhari)

Sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” (H.R. Tabrani )

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana." (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Tiap muslim wajib bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukan dan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Syarat-syarat Ibadah dalam Islam

 Syarat-syarat Ibadah dalam Islam

Pengertian Ibadah:

Ibadah bermaksud semua amalan dan tindak tanduk yang syarie, yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas, untuk dipersembahkan kepada ALLAH SWT.

Ibadah kepada ALLAH meliputi semua ibadah asas, ibadah tambahan dan perkara2 harus(mubah), dan hanya akan menjadi ‘berpahala’ jika pelaksanaannya menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

Syarat-syarat tersebut dinamakan, ‘5 Syarat-syarat Ibadah Dalam Islam’.

Jika, sekiranya amalan-amalan kita tidak mengikuti syarat-syarat tersebut, maka ia hanya akan menjadi perbuatan yang sia-sia saja menurut pandangan ALLAH. Amalan itu tidak diberi pahala, bahkan adakalanya mendatangkan dosa pula.

Apakah ‘5 Syarat-syarat Ibadah’ tersebut?

1) Niat Mesti Betul

2) Perlaksanaan Mengikut Peraturan Syariat

3) Perkara/Subjek mesti Dibolehkan oleh Syariat.

4) Natijahnya memberi Manfaat

5) Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.

Huraian lanjut:-

1) NIAT

Niat penting sebelum melaksanakan sesuatu. Ini juga untuk membedakan antara amal ibadah dengan amalan adat, dan antara niat karena ALLAH dengan niat karena yang lain-lain. Supaya setiap perlakuan menjadi ibadah, ia mesti dengan niat yang betul. Niat kerana menuruti perintah ALLAH SWT.

Sabda Rasulullah SAW, “Hanyasanya amalan-amalan itu sah dengan niat, dan adalah bagi setiap seorang itu menurut apa yang diniatkan".

Dan sabdanya lagi, “Niat orang mukmin itu adalah lebih baik daripada amalannya”.

2) PERLAKSANAAN

Perlaksanaan di dalam satu2 hal atau satu2 perkara mesti mengikut peraturan. Lebih2 lagi jika kita ingin melakukan ibadah, kita harus mendalami peraturan itu supaya kita benar2 di atas landasan syariat. Untuk menjayakan usaha manusia, perlaksanaannya mesti mengikut landasan yang Allah Taala telah tetapkan.

Allah memberi peringatan melalui firmanNya, “Dan jika mereka berjuang pada jalan Kami (ikut peraturan Kami) sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami (jalan keselamatan) bahwasanya ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)

Dalam hal ini ulama juga berkata, “Yang hak kalau tidak ada peraturan, akan dikalahkan oleh yang batil yang ada peraturan.”

3. Perkara (Subjek) Mesti Dibolehkan oleh Syariat.

Perkara (subjek) yang hendak dilaksanakan itu mestilah yang dibolehkan oleh syariat, terutamanya perkara yang melibatkan makanan dan minuman.

Misalnya, seorang yang hendak berniaga mencari rezeki untuk keluarga, dengan berniaga barang makanan, yang hasilnya boleh juga menjadi makanan asas dan memberi manfaat kesihatan rohani dan jasmani kepada semua umat Islam.

Sabda Rasulullah SAW, “Tiap2 daging yang tumbuh daripada benda yang haram, maka Neraka adalah yang lebih patut dengannya. (Riwayat Tarmizi).

Dan, “Hati ditempa mengikut makanan dan minuman”.

Rasulullah SAW amat menekankan perkara yang berkaitan dengan makanan kerana hati yang merupakan raja dalam tubuh manusia itu dibina dari makanan. Hati yang dibina dari makanan yang haram akan menjadi degil dan sukar menerima kebenaran.

4. Natijahnya Memberi Bermanfaat

Natijah merupakan hasil usaha seseorang. Hasil itu semestinya baik karena ia merupakan pemberian ALLAH ataupun nikmatNya kepada hamba2Nya.

Hamba2 yang menerima pemberian itu wajib bersyukur kepada ALLAH SWT.

Bagaimanakah seseorang itu menunjukkan tanda bersyukur kepada ALLAH SWT?.

Di antaranya dengan berzakat, melakukan korban, serta membuat amal bakti seperti bersedekah dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, ALLAH berfirman, “Jika kamu bersyukur niscaya akan Aku tambah lagi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur sesungguhnya siksaan-Ku sangat dahsyat”.

Dengan itu, natijah setiap amalan agar menjadi ibadah ialah dengan membelanjakan keuntungan yang diperoleh atau hasil usaha setiap pelaksanaan untuk jalan ALLAH. Seperti dibelanjakan untuk membantu kaum miskin atau anak-anak yatim.

Jika berupa ilmu yang dicari, maka ilmu itu hendaklah digunakan sesuai dengan yang diredhai ALLAH. Bgitu pula dengan natijah-natijah yang lain. Mestilah digunakan untuk perkara-perkara yang benar-benar sah dan halal sahaja.

5. Tidak Meninggalkan Ibadah Asas.

Dua perkara utama yang menjadi asas ibadah ialah Rukun Iman dan Rukun Islam.

Kedua2nya merupakan tapak atau ‘platform’ untuk menegakkan amalan2 yang lain. Tanpa tapak, macamana nak dirikan binaan?

Di antara dua rukun tersebut, Rukun Iman menjadi ‘platform utama’, dan ianya yang pertama2 ilmu yang wajib diketahui, dan hendaklah dibina, dipupuk, dibaja dengan ‘keyakinan yang qatie’.

Ini selaras tuntutan dalam syariat Islam, iaitu “awal2 ilmu ialah mengenal Allah”.

Manakala, Rukun Islam menjadi perkara asas dalam jenis2 ibadah yang lain. Melaksanakan amalan yang dituntut di dalamnya adalah amalan asas, manakala amalan2 lain (seperti baca Al-Quran, wirid, dll) merupakan pelengkap ibadah.

Di antara 5 rukun Islam itu, solat sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Sabdanya, “Shalat itu adalah tiang agama. Barang siapa telah mendirikannya maka dia telah mendirikan agama. Dan barang siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama."

Tambah baginda lagi, “Barangsiapa yang meninggalkan shalat dengan sengaja, nyatalah ia telah kafir."

Jadi sangat jelas, bahwa setiap amalan berasas kepada dua(2) perkara ini yang merupakan amalan yang paling wajib. Artinya tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Jika tidak ada rukun Iman dan rukun Islam, maka seluruh amalan lain, tidak ada artinya lagi.

Demikianlah ‘Lima(5) Syarat-syarat Ibadah’ dalam Islam. Seandainya amalan-amalan kita tidak mengikuti kelima2 syarat di atas, maka tidak dapat diakui (diiktiraf) sebagai amalan Islam, bahkan dianggap amalan jahiliah. Amalan itu tidak diterima oleh ALLAH Taala.

Bagaimana tindakan kita agar amal kita memenuhi syarat-syarat yang disebutkan itu hingga menjadi ibadah?

Contoh:-

a) Melibatkan diri dalam perniagaan.

· Pertama, berniat kerana ALLAH, iaitu untuk menunaikan perintah ALLAH melaksanakan salah satu fardhu kifayah dalam bidang perniagaan.

Selain untuk membantu anggota masyarakat agar mendapat manfaat dari perniagaan kita, lebih2 lagi untuk membeli serta memenuhi keperluan hidupnya yang pokok.

Kalau perniagaannya berupa makanan, makanannya yang halal mestilah boleh mendorong seseorang Islam itu dapat beribadah dengan khusyuk, dan berperilaku sebagai seorang mukmin yang sejati. Kerana akhlak dan mental seseorang itu terpengaruh oleh zat makanan yang ditanggung halal, di mana fikiran yang baik memudah terima ilmu2 akhirat yang dipelajari.

Rasulullah SAW sendiri begitu mengutamakan perihal makanan karena kalau yang dimakan atau diminum itu kotor mengikut syariat islam, hati orang akan dibentuk sebegitu rupa hingga menjadi keras kepala dan sukar menerima kebenaran. Terkadang orang tersebut langsung menolak kebenaran dan menentangnya pula

Kalau perniagaan kita berbentuk perkhidmatan professional, seperti perubatan, guaman, juruperunding, dsb.nya maka niatnya mestilah untuk berkhidmat kepada anggota masyarakat Islam karena ALLAH.

Sebab, kalau perniagaan kita tidak diwujudkan, umat Islam akan susah karena terpaksa mendapatkan perkhidmatan dari orang yang bukan Islam, yang cenderung kepada tipu muslihat atau ‘ada udang di sebalik batu’.

Demikian sebaliknya, kalau perniagaan kita ‘tidak membantu’ masyarakat Islam mendapatkan keperluan2 asas fizikal dan mentalnya, seperti perniagaan yang membawa kehancuran hidup, maka sukarlah kita nak mengukuhkan niat yang betul. Contoh urusniaga adalah seperti perniagaan berasaskan riba, pusat video, pusat snooker, jual rokok, arak, dsb.nya.

· Kedua, pelaksanaan perniagaan. Iaitu dalam melakukan transaksi urusniaga mesti ada kejujuran, amanah dan bersih dari amalan-amalan yang bertentangan dengan syariat Islam dan sebagainya.

· Ketiga, subjek yang di’niaga’kan hendaklah terhindar dari hal-hal yang tidak halal atau tidak mengikut syariat Islam, seperti perniagaan menjual arak, rokok dan sebagainya.

· Keempat, natijah (hasil) dari perniagaan itu hendaklah ditunaikan haknya. Iaitu kalau beroleh keuntungan, kita hendaklah melakukan zakat, soal-soal pengorbanan serta turut membantu perjuangan menegakkan agama ALLAH serta membantu kaum yang miskin dan lemah.

· Kelima, dalam melakukan aktiviti perniagaan, kita tidak boleh meninggalkan ibadah asas, iaitu shalat, puasa dan sebagainya. Karena kesibukan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan yang wajib.

b) Mencari ilmu dan belajar.

· Pertama, niat karena menunaikan perintah ALLAH. Bukan untuk mendapatkan jabatan dan pangkat yang tinggi supaya kita disanjung dan dimuliakan?.

· Kedua, dalam pelaksanaan menuntut ilmu itu, tidak terdapat pergaulan bebas antara lelaki perempuan yang bukan muhrim, menutup aurat, dsb.nya.

· Ketiga, perkara yang pelajari itu sesuai dengan syariat Islam dan halal. Misalnya belajar ilmu Hukum Islam, Kedokteran, Perundangan Islam, Ilmu alam, ilmu hitung dan sebagainya?.

Yang mesti kita ingat, ilmu yang bertentangan dengan syariat contohnya adalah belajar ilmu mencuri, sihir (black magic), tari menari, bermain musik dan sebagainya.

· Keempat, natijah daripada ilmu telah diperoleh, maka hendaklah dijadikan alat untuk berbakti kepada masyarakat kerana ALLAH.

· Kelima, dalam proses kita menuntut ilmu itu pula kita tidak boleh meninggalkan perkara yang asas seperti shalat, puasa dan sebagainya.

c) Pejuang Agama Allah @ Berdakwah.

Walaupun, pada lahirnya sudah tentulah merupakan satu ibadah. Tetapi sekiranya tidak memenuhi syarat yang diterangkan itu amalannya akan menjadi sia-sia dan berdosa.

Cuba kita perhatikan.

· Pertama, niatnya mestilah benar-benar untuk berjuang membela nasib bangsa dan tanah air serta benar-benar menegakkan agama karena ALLAH.

Perlu diingat, membela nasib bangsa dan membebaskan tanah air dari penjajahan ataupun mempertahankan negara dari kekuasaan orang kafir adalah satu perintah ALLAH. Tetapi bila kita mempunyai niat yang tersendiri, yang merupakan kepentingan pribadi, maka perjuangannya menjadi tidak bermakna.

· Kedua, ketika kita melaksanakan perjuangan itu, kita tidak melakukan kezaliman, menindas serta memfitnah orang lain.

· Ketiga, apa yang kita perjuangkan itu jelas sah atau halalnya seperti berjuang melepaskan bangsa Islam yang dizalimi dan ditindas.

· Keempat, natijah(hasil) perjuangan kita hendaklah betul yaitu setelah berjaya membebaskan bangsa dan negara dari penaklukan musuh atau setelah perjuangan kita berjaya, hendaklah menggunakan kejayaan itu untuk lebih meninggikan syiar lslam dan lebih mengukuhkan syariat Islam.

· Kelima, dalam berjuang itu, perkara-perkara yang wajib tidak kita tinggalkan seperti shalat dan puasa.

d) Bekerja mencari rezeki

· Pertama, niat iaitu untuk menanggung dan membiayai hidup keluarga yang merupakan tuntutan wajib dari ALLAH.

Terkadang ada di antara kita yang berniat untuk mencari kekayaan dan kemewahan hidup agar dipandang mulia dan dihormati masyarakat karena baginya kekayaan itu adalah kemegahan padanya.

· Kedua, pelaksanaan dalam mencari rezeki perlu sekali dipertimbangkan karena banyak di kalangan kita yang salah hingga usaha-usaha yang bertentangan dengan syariat dianggap sebagai sumber rezeki. Mencuri, menjual kehormatan dan perbuatan sejenisnya kadang-kadang dianggap sebagai sumber rezeki yang benar, padahal sebenarnya bertentangan dengan syariat. Kadang-kadang dalam pelaksanaan mencari rezeki kita bergaul antara lelaki perempuan yang bukan muhrim. Demikian itu salah.

· Ketiga, sah atau halalnya usaha-usaha kita dalam mencari rezeki dapat ditinjau dari jenis kerja yang kita lakukan misalnya bercocok tanam, menangkap ikan, berternak, bekerja di pabrik-pabrik yang hasilnya tidak bertentangan dengan syariat seperti pabrik roti, susu dan sebagainya dan bukannya pabrik-pabrik yang menghasilkan arak. Sumber kewangan tempat bekerja itu juga tidak bergantung sepenuhnya dengan hasil riba dan sebagainya.

· Keempat, natijah (hasil) mencari rezeki itu pun hendaklah dengan tujuan memberi makan, pakaian dan perlindungan kepada keluarga dan diri sendiri, bukannya untuk berjudi, bersenang-senang dengan berbagai bentuk hiburan atau meminum arak dan lain-lain yang sejenis.

· Kelima, sewaktu mencari rezeki, jangan kita melalaikan perkara yang asas seperti shalat dan puasa atau lalai dalam mencari ilmu fardhu ain.

e) Bermesyuarat

Coba kita perhatikan satu lagi contoh yang mudah, iaitu suatu pekerjaan yang mubah tetapi caranya salah hingga tidak lagi menjadi satu ibadah, yaitu bermusyawarah atau syura.

Sebenarnya musyawarah memang menjadi tuntutan dalam Islam sebagaimana yang diterangkan oleh ALLAH, ertinya: “Dalam urusan mereka (yaitu umat Islam) maka bermusyawarahlah sesama mereka." (As Syura: 38)

Agar amalan bermusyawarah atau syura itu menjadi ibadah, mestilah memenuhi syarat ibadah.

· Pertama, niat mengadakan musyawarah itu mesti betul yaitu untuk menjalankan perintah ALLAH.

· Kedua, melaksanakan musyawarah itu dengan betul misalnya tidak ada kaum perempuan yang membuka aurat di dalam perundingan.

· Ketiga, agenda perbincangan nyata halal atau sahnya di sisi syariat seperti membicarakan masalah nahyun anil mungkar atau tentang keselamatan umat dan negara, dan bukannya membicarakan bagaimana hendak membangun pabrik arak, tempat-tempat perjudian atau masalah bagaimana pelacuran boleh dihalalkan atau membahas untuk mengadakan majelis tari menari dan majelis hiburan dan seterusnya.

· Keempat, natijah musyawarah itu mesti betul yaitu setelah keputusan diperoleh, akan dilaksanakan dengan baik.

· Kelima, ketika menjalankan musyawarah jangan ada yang lalai menunaikan shalat atau tidak berpuasa.

Demikianlah lima syarat ibadah bagi setiap amal dan perbuatan. Kalau setiap perbuatan kita, diselaraskan dengan syarat-syarat itu maka amal-amal kita dari wajib yang paling besar hingga mubah yang paling kecil, akan menjadi ibadah kepada ALLAH dan kita akan diberi ganjaran pahala dariNya.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/search/label/Ibadah#ixzz2rvg5wDBw

Kalau perniagaan kita berbentuk perkhidmatan professional, seperti perubatan, guaman,juruperunding, dsb.nya maka niatnya mestilah untuk berkhidmat kepada anggota masyarakat Islam karena ALLAH.

Lagi bukti mukjizat Nabi Muhammad s.a.w - Hadith mengenai jarak antara 2 pintu syurga

Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan di dalam bidang sains dan angkasa di zaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak lebih 1400 tahun yang lalu. 

Sheikh Zindani telah membawa satu hadith dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى
“Demi Zat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.”
(HR. Muslim no. 287)
Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.
Sesuai hadith ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra).
Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.
Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 21 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.
Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!
Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak kerana bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan bumi dan seluruh alam ini!

DZikir: Dari Quran dan Hadith

QURAN

dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan solat), pada waktu malam dan pada waktu pagi". (Quran, Ali-Imran, 3:41)

Tidak ada satu makhluk pun kecuali mensucikan dan memuji-Nya. Akan tetapi, kalian tidak memahami tasbih mereka. (Quran; Al-Isra, 17: 44)

Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Quran; surah Al-Ahzab, 33:41)

HADITH 

Apabila kamu melewati taman-taman syurga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, "Apa yang dimaksud taman-taman syurga itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kelompok zikir (kelompok orang yang berzikir atau majlis taklim)." (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa membaca "SubhanALLAHi wabihamdih" 100x setiap hari nya maka berjatuhan dosa-dosa nya walau sebanyak buih di lautan." [Shahih Bukhari]

Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrohman, iaitu kalimat: "Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'Adzhim" (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung). [HR. Bukhari]

Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Aku dianjurkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, lebih disukai dari apa-apa yang matahari terbit di atasnya” (H.R. Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiada amal perbuatan anak Adam yg lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah." [HR. Ahmad]

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani) 

Rasulullah menyebut-nyebut Allah setiap waktu (saat). - [HR. Muslim]

"Bila malaikat Allah dapati majlis zikir, ia duduk bersama, kelilingi dengan sayapnya hingga menutupi sampai ke langit." --- Rasulullah s.a.w (HR Muslim)

Biarlah setiap kamu mempunyai hati yang mengenang budi, lidah yang setiasa berzikir, dan seorang isteri yang beriman dan beramal soleh untuk membantu kamu menyiapkan diri untuk hari akhirat. - (Riwayat Abn Majah) 

Yang pertama kali dipanggil untuk masuk syurga ialah orang-orang yang selalu bertahmid kepada Allah baik pada saat senang maupun susah. (HR Ath-Thabrani)

Rasulullah saw. pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim) 

Sabda Nabi s.aw: Seseorang yg membaca tasbih 100 kali itu dituliskan baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan baginya seribu dosa." (HR.Muslim)

"Perbezaan orang yang berzikir kepada Robbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati." (HR. Bukhari & Muslim)
---

Riba: Dari Quran dan Hadith

Quran

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Quran, Al-Baqarah, 2:275)

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Quran, Al-Baqarah, 2:276)

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya. (Quran; Al-Baqarah : 278)

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Quran; Al-Baqarah : 279)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Quran; Ali-Imran, 3:130)

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Quran; An-Nisa, 4: 161)

Hadith

Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya: Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” (Hadith Riwayat Muslim)

Sungguh akan datang pada manusia suatu masa (ketika) tiada seorangpun di antara mereka yang tak akan memakan (harta) riba. Siapa saja yang (berusaha) tak memakannya, ia tetap akan terkena debu (riba)-nya - (HR Ibnu Majah dan Sunan Abu Dawud, dari Abu Hurairah)

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/search/label/Hadith#ixzz2rvdWnwPB

Himpunan Ayat Quran dan Hadith berkaitan Akhirat

QURAN

Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) Akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Quran, surah Al-Baqarah, 2:86)

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Quran, surah Al-Baqarah, 2:201)

Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di Akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Quran, surah Al-Baqarah, 2:217)

dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari Akhirat kelak) dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. (Quran, surah Al-Baqarah, 2:223)

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Quran, surah Ali-Imran, 3:85)

Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (Quran, surah Ali-Imran, 3:114)

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Quran, surah At-Taubah, 9:18) (Quran, surah At-Taubah, 9:18)

Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari Akhirat(Quran, surah Ar-Rad, 13:26)

Dan sesiapa yang menghendaki Akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk Akhiratdengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (Quran, surah Al-Isra, 17:19)

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hariAkhirat di tempat yang terpuji. (Quran, surah Al-Isra, 17:79) 

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (Quran, surah Al-Haj, 22:77)

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan Akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri Akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat). (Quran, surah Al-Ankabut, 29:64)

HADITH

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim) 

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka ada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?'' (HR. Al-Tirmizi)

Hadith : “Orang yang pandai adalah yang senantiasa membaiki diri dan menyiapkan bekal kematian.” (HR. At-Tirmidzi)

Sabda Nabi SAW: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)

"Barang siapa masuk syurga, ia bersenang senang dan tidak bersedih, pakaiannya tidak usang dan kemudahannya tidak lenyap" (HR.Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak ada di syurga sesuatu yang sama seperti yang ada di dunia kecuali nama-nama orang." (Ath-Thabrani)
---

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/search/label/Hadith#ixzz2rvdIkAEk

Kelebihan puasa 6 hari bulan Syawal

Dalil puasa Syawal  adalah:
Dari Abu Ayyub rodhiyallahu anhu: “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]
Riwayat lain: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.”

Pada hadith ini terdapat dalil tegas tentang dianjurkannya puasa enam hari di bulan Syawal dan pendapat inilah yang dipilih oleh mazhab Syafi’i, Ahmad dan Abu Daud serta yang sependapat dengan mereka. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah menyatakan makruh. Namun pendapat mereka ini lemah kerana bertentangan dengan hadith yang tegas ini. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 8/56)

Para ulama mengatakan bahawa berpuasa seperti setahun penuh asalnya kerana setiap kebaikan semisal dengan sepuluh kebaikan yang semisal : Bulan Ramadhan (puasa sebulan penuh) sama dengan (berpuasa) selama sepuluh bulan (30 x 10 = 300 hari = 10 bulan) dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan (berpuasa) selama dua bulan (6 x 10 = 60 hari = 2 bulan). (Lihat Syarh Muslim, 4/186, Mawqi’ Al Islam, Asy Syamilah) 
Jadi seolah-olah jika seseorang melaksanakan puasa Syawal dan sebelumnya berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, maka dia seperti melaksanakan puasa setahun penuh.

Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. [Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan semisal] (QS. Al An’am ayat 160).” (HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dari Tsauban).
Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1007). Satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan semisal dan inilah balasan kebaikan yang paling minimal. (Lihat Fathul Qodir, Asy Syaukani, 3/6, Mawqi’ At Tafaasir, Asy Syamilah dan Taisir Al Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, hal. 282, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H)
Sumber: Blog Abu Azka

Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat (Hadith)

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.”

3 pintu kebaikan... (Hadith)

Nabi s.a.w bersabda:  Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.” (Riwayat Tarmizi dan Ahmad)
---

Kelebihan puasa, sedekah dan solat di penghujung malam...(Hadith)

Daripada Muaz bin Jabal r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan : Puasa adalah pelindung, sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.