QURAN
Mereka
itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan
kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa
kebahagiaan dalam kehidupan) Akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (Quran, surah Al-Baqarah, 2:86)
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Quran, surah Al-Baqarah, 2:201)
Dan
mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka
(mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan
yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka
orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di
dunia dan di Akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Quran, surah Al-Baqarah, 2:217)
dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari Akhirat kelak) dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. (Quran, surah Al-Baqarah, 2:223)
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Quran, surah Ali-Imran, 3:85)
Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat,
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera
segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian
sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (Quran, surah Ali-Imran, 3:114)
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan
kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah
diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (Quran, surah At-Taubah, 9:18) (Quran, surah At-Taubah, 9:18)
Allah
memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang
menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan
dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang
kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari Akhirat. (Quran, surah Ar-Rad, 13:26)
Dan sesiapa yang menghendaki Akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk Akhiratdengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (Quran, surah Al-Isra, 17:19)
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hariAkhirat di tempat yang terpuji. (Quran, surah Al-Isra, 17:79)
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (Quran, surah Al-Haj, 22:77)
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan Akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri Akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari Akhirat). (Quran, surah Al-Ankabut, 29:64)

HADITH
Sabda
Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab
mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada
dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku
ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa,
zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan
harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu
diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya
habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa
mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”
(Riwayat Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya
seringan-ringan siksaan penghuni neraka ada hari Qiamat ialah seseorang
yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga
mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka
tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat
siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan
siksaannya". (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari
Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : "Tidak berganjak
kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari
kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia
dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta
bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan
dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan
dan kecergasannya?'' (HR. Al-Tirmizi)
Hadith : “Orang yang pandai adalah yang senantiasa membaiki diri dan menyiapkan bekal kematian.” (HR. At-Tirmidzi)
Sabda Nabi SAW: "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari akhirat) dari akhlak yang baik. (HR. Abu Dawud)
"Barang siapa masuk syurga, ia bersenang senang dan tidak bersedih, pakaiannya tidak usang dan kemudahannya tidak lenyap" (HR.Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak ada di syurga sesuatu yang sama seperti yang ada di dunia kecuali nama-nama orang." (Ath-Thabrani)
---

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/search/label/Hadith#ixzz2rvdIkAEk
0 komentar:
Posting Komentar