Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
Pesanan #2: “Orang-orang
yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya
akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari
ALLAH juga.”
Pesanan #3: “Hai
anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat
dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
Pesanan #4: “Hai
anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang
dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam
tanaman.”
Pesanan #5: “Jauhkan
dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh
menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
Pesanan #6: “Dan
selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk
tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar
takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa
dari rahmat ALLAH.”
Pesanan #7: “Hai
anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak
dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa
banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan
batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi
pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
Pesanan #8: “Hai
anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar
dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua
itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
Pesanan #9: “Hai
anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.”
Pesanan #10: “Jauhilah
bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan
daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan
akibat yang berbahaya.”
Pesanan #11: “Hai
anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau
hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab
ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri
pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi
sahaja.”
Pesanan #12: “Janganlah
engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan
yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan
kepada anjing sahaja.”
Pesanan #13: “Hai
anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang
dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang
itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum
tentu menimbulkan kesengsaraan.”
Pesanan #14: “Makanlah
makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan
bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta
nasihat dari mereka.”
Pesanan #15: “Hai
anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari
ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu
memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
Pesanan #16: “Hai
anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih
dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan
itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil
dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
Pesanan #17: “Selalulah
baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan
demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
Pesanan #18: “Hai
anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang
yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.”
Pesanan #19: “Jadikanlah
dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima
pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
Pesanan #20: “Hai
anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu
disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang
yang terpedaya dengan dunianya.”
Pesanan #21: “Hai
anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang
busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila
berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan
manfaat bagi orang lain.”
Pesanan #22: “Hai
anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang
menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah
mensia-siakan hartamu.”
Pesanan #23: “Barang
siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan
selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
Pesanan #24: “Hai
anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari
mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
Pesanan #25: “Hai
anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya
janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana
sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.”
Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/12/25-pesanan-luqman-al-hakim-kepada-anak.html#ixzz2rva4bz4j
0 komentar:
Posting Komentar